Posts

Showing posts from November, 2016

Cabaran untuk diri sendiri

Image
Baru saja pagi tadi dengar di Radio Klasik slot motivasi bersama Dato Dr Fazilah Kamsah, beliau berkata hidup tanpa matlamat adalah ibarat menaiki bas tanpa mengetahui arah tuju atau destinasi kita sendiri. Semasa zaman belajar dahulu, matlamat kita agak jelas. Semua orang nak berjaya dalam pelajaran. Di kolej/uni, bermacam-macam perkara yang kita pelajari dan kita perlu buat yang akhirnya menjadikan kita insan yang lebih matang. We keep growing as we learn new things. Bila dewasa, kita tak terpaksa nak capai sesuatu matlamat. Semua yang kita lakukan adalah atas pilihan kita sendiri, termasuklah perkara yang kita perlu capai di tempat kerja. Kita yang pilih kerja itu kan :-) Cuma, sekarang saya ada benda baru yang saya nak cuba. Saya nak cuba sesuatu yang berbeza, sesuatu yang saya belum pernah buat. Klu...

The Good Virtues Co skincare set

Image
Review untuk skincare set ni sudah lama dalam perancangan saya cuma pada hari ini barulah saya berpeluang untuk tulis . Gambar yang aa ialah gambar set skincare The Good Virtues Co cuma yang tiub kecil tu ialah serum dan bukan pencuci muka yang saya gunakan. Saya membeli skincare set ni setahun yang lalu semasa berada dalam pantang. Mula-mula beli memang rasa bersemangat nak review tapi buat keputusan untuk tulis review ni setelah saya habis gunakan set ini. Saya sendiri tak pasti syarikat yang keluarkan prosuk ni dari mana tapi saya rasa ini produk Malaysia. Rasa sajalah..tiada alasan yang kukuh pun. Jika kita lihat laman web skincare ni pun, nampak imej antarabangsa. Mungkin ini salah satu cara untuk mereka meluaskan pasaran mereka ke peringkat global. Dalam skincare set yang saya beli ada pencuci muka, toner sembur, pelembab siang dan pelembab malam. Kulit saya jenis sensitif dan mudah kena eczema jadi saya memang tak berani pakai sebarangan produk TETAPI saya amatlah ter