Cabaran untuk diri sendiri

Baru saja pagi tadi dengar di Radio Klasik slot motivasi bersama Dato Dr Fazilah Kamsah, beliau berkata hidup tanpa matlamat adalah ibarat menaiki bas tanpa mengetahui arah tuju atau destinasi kita sendiri.

Semasa zaman belajar dahulu, matlamat kita agak jelas. Semua orang nak berjaya dalam pelajaran. Di kolej/uni, bermacam-macam perkara yang kita pelajari dan kita perlu buat yang akhirnya menjadikan kita insan yang lebih matang. We keep growing as we learn new things.

Bila dewasa, kita tak terpaksa nak capai sesuatu matlamat. Semua yang kita lakukan adalah atas pilihan kita sendiri, termasuklah perkara yang kita perlu capai di tempat kerja. Kita yang pilih kerja itu kan :-)

Cuma, sekarang saya ada benda baru yang saya nak cuba. Saya nak cuba sesuatu yang berbeza, sesuatu yang saya belum pernah buat. Klu...

Comments

Popular posts from this blog

The Good Virtues Co skincare set

Our Arau - KL Central ETS adventure

Gunung Jerai