The Good Virtues Co skincare set
Review untuk skincare set ni sudah lama dalam perancangan saya cuma pada hari ini barulah saya berpeluang untuk tulis . Gambar yang aa ialah gambar set skincare The Good Virtues Co cuma yang tiub kecil tu ialah serum dan bukan pencuci muka yang saya gunakan.
Saya membeli skincare set ni setahun yang lalu semasa berada dalam pantang. Mula-mula beli memang rasa bersemangat nak review tapi buat keputusan untuk tulis review ni setelah saya habis gunakan set ini.
Saya sendiri tak pasti syarikat yang keluarkan prosuk ni dari mana tapi saya rasa ini produk Malaysia. Rasa sajalah..tiada alasan yang kukuh pun. Jika kita lihat laman web skincare ni pun, nampak imej antarabangsa. Mungkin ini salah satu cara untuk mereka meluaskan pasaran mereka ke peringkat global.
Dalam skincare set yang saya beli ada pencuci muka, toner sembur, pelembab siang dan pelembab malam. Kulit saya jenis sensitif dan mudah kena eczema jadi saya memang tak berani pakai sebarangan produk TETAPI saya amatlah tertarik dengan packaging set ini. Saya persi Watson's dengan adik saya dan saya panggil dianuntuk tunjukkan produk ini.
Packaging produk ini agak hip. Saya tertarik namun masih ragu-ragu. Corak geometri pada packaging ini menampakkan unsur kesenian Islam jadi saya pun teruskan membaca maklumat produk. Saya dapati bahan utama produk ini ialah black seed atau habbatus sauda. Kalau saya tak silap, nama Melayunya ialah jintan.
Saya cuba pencuci muka dan saya dapati wangiannya memang berbau seperti habbatus sauda dan sangat segar baunya. Ia tidak mengeringkan kulit saya dan amat selesa selepas mencuci muka walaupun tidak menggunakan toner atau pelembab.
Toner set ini juga amat mudah digunakan kerana kita hanya perlu menyemburkannya ke muka kita. Tak perlu guna kapas dan saya amat gembira dengan toner ini.
Pelembab siang skincare set ini mengandungi kandungan SPF 30+. Jadi memang sesuai digunakan untuk melambatkan proses penuaan. Baunya segar dan tidak akan compete dengan wangian mekap atau pewangi yang kita pakai. Teksturnya juga ringan dan amat selesa setelah disapu di muka. Seperti tidak memakai apa-apa.
Begitu juga dengan krim malam. Saya tak pasti kalau ada bahan istimewa di dalamnya tapi ia sangat sesuai dengan kulit saya dan mencegah kulit saya sari menjadi terlalu berminyak kalau tidur tanpa pelembab.
Cara penggunaan skincare set ini amat mudah dan tidak leceh. Malah, ia juga sesuai untuk pelbagai peringkat usia. Adik saya yang bersekolah menengah juga menggunakan produk ini.
Kalau anda berminat, silalah cuba. Tak rugi pun beli skincare set The Good Virtues Co.
Boleh saya tahu produk set lengkap yg awak pakai dalam berapa ringgit ye ?
ReplyDelete